Sejarah Mandailing
(Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).
Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah
di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena
terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan
pengaruh mereka. Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap
sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan
nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang
mengikuti logat Burma. Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena
pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang.
Pada waktu itu mereka melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu
bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada
masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya
di pisahkan oleh selat kecil saja. Kaum Munda telah berjaya
menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di
Batang Pane, Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke –
6. Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan
meluaskan wilayah taklukannya hingga kesebahagian besar pantai
Sumatera dan Tanah Melayu.
Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu
beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnyadi
abad ke-9. Tenteara kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja
Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh
daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok
Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan
menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru
(Menempah banua).
Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali
sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang Keling.
Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva. Di abad ke
13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan
Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi
hangus dan hancur. Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari
kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah
Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip.
Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah
Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan
lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung. Di
pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar
Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya
Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru. Betara
Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena
kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni.
Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan
mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah
yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.
Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku adil dengan
sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak
ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja
Gayo. Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau
telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang
tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai
di tebing sebatang sungai.
Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki
yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan
perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat
hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga
tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa
anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena
tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja
yang besar di situ. Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan
karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak
mendapati bahwa dia bukan lagi perawan.
Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh
orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri
tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan
bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai
tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan
tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai “Aek
Batang Gadis” artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan. Anak
yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh
rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya.
Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut
akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan
dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di
kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi
raja besar di Penyabungan. Oleh karena raja di Penyabungan yang
tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya
sebagai kerajaan “MANDE NAN HILANG”, pendeknya Mandailing atau pun
Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution.,
artinya orang sakti. Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar
Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar
Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke
Gayo.
Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon
pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di
tepi sungei yang di namakan “Aek Batang Gadis” lalu di bawa mengadap
kepada Sutan Diaru di penyabungan. Setelah panjang lebar bercerita
lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera
kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai
di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang
dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan
Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut
adalah anaknya.
Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara
rasmi sebagai Raja Penyabungan. Pada masa yang sama juga utusan dari
Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan
Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak
berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, “Beta tetap akan mengunjungi kekanda
beta di Kota Pinang.” Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali
sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik,
sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga
Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun
adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.
Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penuyabungan akhirnya bekembang
luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya.
Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku
Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di
kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing.
Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan
menakluki Penyambungan pada awal 1816. Kemudiannya Belanda pula memasuki
Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari
raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan
menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.
Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan
peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu
Tanah Pelarian.
Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo
tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan
Selangor. Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya
adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk,
kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat
atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi 1816 dan
gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di
hantar ke Semenanjung.
Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai
sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga
mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman. Serangan Raja
Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah
begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang
Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya;
pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk
Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832.
Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi
seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang
Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang
panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang
Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama
Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga
telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang
Sidempuan.
Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang
Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda.
Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku
Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di
Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana
kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya
tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.
Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai
telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng
Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi. Tuanku Tambusai dengan
diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku
Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama
pengikut mereka ke Tanah Melayu. Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan
Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat
luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut. Tuanku Tambusai, Raja
Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari
tempat tinggal.
Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk
mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas
terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit
kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah
sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang
terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana. Raja laut berulang
alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal
dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka.
Maka itu beliau di sebut Raja Laut. Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah
meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya.
Di Pahang Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan
melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah. Raja Asal telah
dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan
keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir
anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah
berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil
Siputeh. Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 – 1863, Raja
Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan
keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru.
Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada
Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama
anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri
Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama
‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor. Di Selangor Raja Asal kembali
menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang
diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki
tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa
berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki
tentera Paderi di Sumatera.
Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting
untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera. Apabila Tuanku
Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam
Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka
beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera
Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan
kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing,
Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’
Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan
menyeksa orang-oranag Mandailing. Campurtangan Tengku Kudin sebagai
wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June,
1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor.
Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris. Walaupun
pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat
baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy
atas urusan perniagaan bijih timah. Pada bulan Mei 1872, Raja Asal
bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang
Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan
Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi
dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja
Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh
Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan
teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.
Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan
Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan
tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang
telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang
di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang
Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal
tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja
yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran
Panglima Tetera Paderi.
Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku. Pada
akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang.
Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah)
telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima
dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang. Isteri
Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu
gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya
dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh
orang-orang Mandailing.
Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari
Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh
kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di
Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja
Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang. Raja Laut bersama lebih kurang
1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan
yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung
mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga
dan hidung mereka. Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang
mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang
ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam
bahasa Mandailing itu adalah sungei.
Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima
berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu
Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak.
Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu
persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar
mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi
mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu.
Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak
menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja
Barumun.
Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka
sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang.
Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan
tersebut. Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat
Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri
Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution
atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.
Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di
Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu
perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.
Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk
mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali
menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali
sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning. Raja Asal telah di terima
mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan
Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat
Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah
di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta.
Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja
Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut
“telor” orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh. Raja Asal juga telah
membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu,
lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu.
Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan
Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.
Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di
tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga
sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama
pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal
menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali
sebagai Siputeh.
Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh,
masing-masing di Selangor dan di Perak. Adalah diberitakan bahawa dalam
tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah
pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja
Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam
peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta
campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri
Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam
pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang
sepanjang usia remaja dan dewasanya.
Paktan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja
Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai
tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan
orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.
Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu
Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja
Asal. Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum
lagi diujudkan.
Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang
pertama. Semasa J.W.W . Birch di bunuh Raja Asal sudah mula gering dan
tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai
bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang
$3,000.00 kepada pihak yang berkuasa. Sepanjang keadaannya gering itu
Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja
Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya
supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut. Setelah enam bulan
kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang
tersebut dapat diselesaikan.
Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta
kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan
maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah. Tuanku Raja Asal
telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di
antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini
makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburn Changkat
Piatu.
Sumber : HPPM, Malaysia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar